Gambar : Screen grab dari video BH Online
Fara Fauzana enggan mengulas lanjut akan pembatalan perkahwinannya dan menganggap semua ini adalah ketentuan Allah.
“Semuanya ketentuan Allah,” itulah kata Fara Fauzana saat sekumpulan wartawan yang cuba mendapatkan kenyataan rasmi darinya berkenaan pembatalan perkahwinannya. Dalam satu video yang dimuat naik di akaun YouTube Berita Harian Online dengan tajuk ‘Semuanya Ketentuan Allah – Fara Fauzana’ hari ini, Fara dilihat tenang menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
Menerusi video berdurasi 2 minit 16 saat itu, Fara enggan mengulas lanjut akan komen daripada Hafiz dan menyatakan semuanya sudah dimaklumkan dalam kenyataan akhbar yang diberikannya Ahad lalu.
“Saya dah cakap semua dekat statement press release yang Fara bagi Ahad lepas.”
“Kita anggap saja semua ini ketentuan Allah,” jelasnya. Tambah Fara lagi, semua spekulasi yang timbul adalah di luar kawalannya. Sebelum masuk ke dalam kereta Fara sempat mengucapkan terima kasih atas semua sokongan yang diberikan kepadanya.