Bagi sesetengah orang, beg tangan bukan sekadar untuk mengisi barang, tapi hari ini tas tangan juga menjadi cerminan cita rasa dan juga status.
Dulu-dulu wanita biasanya mempunyai satu atau dua beg tangan sahaja, dan yang ada itulah dijinjit bertahun-tahun, dan gayanya statik dan tidak banyak berubah. Idea ‘fesyen selebriti’ juga tidak begitu penting pada masa itu, tetapi kini ia merupakan penggerak utama dalam industri. Di sebalik beg-beg paling popular ini, kebanyakannya masih relevan hingga ke hari ini. Malah harganya terus meninggi, lain material lain pula harganya.
Sepanjang 70 tahun yang lalu, beg ini telah membuat nama dalam senarai kerana mereka bertahan dan telah menjadi paling dicari tahun demi tahun. Beg- beg ini akan terus menjadi pilihan yang hebat untuk musim yang akan datang kerana kesemuanya bebas trend. EH! Senaraikan 10 beg tangan yang paling popular di seluruh dunia.