Louis Vuitton Alma
Pada tahun 1925, Coco Chanel meminta Gaston-Louis Vuitton untuk mereka beg tangan bersaiz harian, dan dia menghasilkan versi padat beg Steamer berbentuk trapezoid yang dicipta pada tahun 1901. Ia dilabelkan sebagai Squire dan lebih kepada rekaan yang diperkemas dan praktikal. Bertahun-tahun kemudian, pada tahun 1955, Squire berubah menjadi bentuk yang lebih tersusun dan dinamakan sempena jalan paling terkenal di dunia, Champs-Élysées, kerana ia membawa pesona kota.
Hanya selepas kebenaran Coco Chanel, pengeluaran tetap gaya itu bermula pada tahun 1930-an. Walaupun Champs-Élysées akhirnya dihentikan, Squire terus hidup dan dijadikan apa yang kita kenal hari ini sebagai Alma. Beg itu menggunakan namanya daripada Place de l’Alma yang indah, lorong Paris yang dibarisi pokok di mana Avenue Montaigne bertemu dengan sungai Seine. Dipengaruhi oleh pergerakan art deco, ia diukir dengan cara yang memancarkan kehalusan dan aura bandar klasik dengan lengkungnya yang elegan, pemegang Toron berkembar dan bentuk tersirat.
Louis Vuitton Alma akan menjadi salah satu keperluan gaya wanita masa kini dek rekaan yang versatil, molek digayakan dari pejabat ke aktiviti malam. Jackie Kennedy, Rihanna, Blake Lively, dan adik-beradik Kardashian-Jenner antara A-lister yang sering dilihat menjinjit Alma mereka.