Teks : Julia Azman
Siapa dia Zizi Kirana? Cukup versatil, lantai fesyen bergerak seirama mengikut rentak penyanyi Malaysia yang semakin popular di Indonesia, ZIZI KIRANA.
1. Bagaimana muzik itu mempengaruhi anda?
Tiada yang mempengaruhi saya sebaliknya saya berani mencabar apa jua rentak muzik yang bermain di minda saya. Oleh sebab, terlalu mencintai dunia muzik bagi saya ia satu naluri semula jadi.
2. Siapakah ikon muzik anda?
Jika lokal saya sangat mengagumi Malique kerana setiap bait lirik dan muziknya cukup membuat saya rasa terkesan dan ingin memperbaiki kelemahan dalam diri saya untuk menjadi individu lebih berjaya. Jika di Indonesia, saya memilih Ahmad Dhani bagi saya dia ialah genius! Mudah.
3. Cerita terhangat anda untuk 2018?
Tiada kontroversi! Lebih fokus dengan karier saya dalam bidang nyanyian dan bakal menampilkan beberapa seleksi single terbaru yang bakal menyusuri di corong radio tempatan. Terbaru single TERKEMUKA bersama Sandra Dianne dan Benzooloo telahpun menemui anda.
4. Apakah harapan anda akan industri Hip Hop lokal terutama rapper bagi wanita?
Sudah tentu saya inginkan perubahan baharu. Dengan adanya pelapis muda berani mencuba untuk bergelar rapper wanita kerana kelompok kita sangat kecil dan mudah untuk kita menawan pendengar golongan muda masa kini.
5. Seksi itu adalah bersifat...
Seksi bagi saya bukan subjektif tetapi Universe! Siapa sahaja boleh tampak seksi kerana ia tiada kekangan dan anda yang mencorakkannya mengikut pilihan diri sendiri
6. Apakah gaya signature anda?
Saya bukan gadis feminin. Oleh itu saya akan memilih kasut sniker. Mudah,cepat dan senang disarung tidak memerlukan masa yang lama untuk lakukan padu padan dan juga kaki tidak berasa lenguh.
7. Apakah pilihan gaya fesyen anda?
Tidak terlalu mengikuti perkembangan fesyen tetapi jika persalinan itu trendy saya akan membelinya tetapi yang penting ianya selesa dipakai dan ringkas. Tidak memerlukan jenama mewah untuk bergaya.
8. Apakah rahsia penjagaan tubuh badan anda?
Jangan pernah tinggal rutin minum air putih, mengamalkan dietari sihat dan jamu sebagai langkah untuk mengekalkan ia secara tradisional.
9. Bagaimana pula untuk anda menjaga suara?
Cara saya cukup mudah, hanya menjaga waktu tidur malam dan wajib tidak terlalu lewat berjaga tengah malam dan minum air putih banyak.
10. Siapakah ikon fesyen pilihan anda?
Jangan terkejut kerana saya akan memilih Victoria Beckham! Ya, saya amat menggemari stail fesyennya cukup chic dan minimalis. Satu hari nanti siapa tahu mungkin saya seperti dia.. ha ha ha..