Malam kelmarin, berlangsungnya tayangan perdana ‘I AM WOMAN’ menyaksikan dedikasi kempen eksklusif dengan menampilkan empat personaliti wanita yang cemerlang dalam kerjaya masing-masing dan cukup memberikan inspirasi kepada semua.
Biz of RE bersama L’Oreal Professional melalui EH! GLAM Lelaki, GLAM, HARPER’S Bazaar, ICON dan The Peak mendedikasikan sebuah kempen eksklusif “I AM WOMAN” yang dilancarkan di Aurum Theatre kelmarin. Merangkap sebuah cerita yang cukup memberi inspirasi dan pengalaman kepada tetamu, kempen ini membuka lebaran baharu dan berani dengan tema pakaian, ‘Red Impact’.
Kuncupan bunga merah ternampak penuh di majlis, menyaksikan wanita-wanita ini bergaya menawan memakai pakaian tona merah. Majlis digemudi oleh pengarang Glam Malaysia, Amira Azman dan pengarang Harper Bazaar Malaysia, Alisha Azuddin dengan sedikit intipan ucapan oleh Pengarah Kreatif Digital, Nisa Halid, majlis turut dimeriahkan oleh persembahan khas, @tigasoul dan diakhiri dengan tayangan perdana eksklusif ‘I AM WOMAN’ selama 1 minit di pawagam Aurum Theatre.
Kempen “I AM WOMAN” memperkenalkan empat wanita yang mengagumkan serta mempunyai latar kejayaan dalam industri masing-masing. Mereka adalah Alia Bastamam, Suhaili Michelin, January Low dan Mimi Fly. Bersama L’Oreal Professionnel, mereka berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi mereka untuk mengecapi kejayaan hari ini.