Bertuahlah bagi yang berkemampuan kerana wang ringgit bukan penghalang untuk menjadikan mimpi menjadi realiti. EH! bariskan 10 gaun kahwin termahal di dunia, setiap satunya punya kisah tersendiri, mungkin ada yang boleh anda jadikan inspirasi.
Semahunya berkahwin biarlah cuma sekali seumur hidup. Dan sebolehnya setiap gadis mahu penampilannya pada Hari tersebut adalah yang paling cantik sepanjang hidupnya. Jadi tidak hairan seawal remaja ada yang sudah mula berangan-angan membayangkan bagaimana rupa busana kahwin mereka bila tiba hari bersejarah itu.

10. Princess Marie-Chantal of Greece
Di tangga ke-10 jatuh kepada Puteri Marie-Chantal yang berkahwin dengan Putera Pavlos dari Greece yang mana mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 1995. Puteri Marie memilih untuk menyarung gaun ilham Valentino untuk digayakan di hari bersejarahnya, gaun tersebut bernilai £295,478 (RM1.7 juta).