2. Victoria Swarovski
Waris pengasas jenama kristal Swarovski, Victoria Swarovski yang melangsungkan perkahwinannya dengan Werner Murz di Itali menggayakan gaun ilham Michael Cinco, yang mana seperti yang boleh kita jangka gaunnya pasti ditatahi sarat Swarovski. Khabarnya gaun putihnya itu dihiasi dengan 500 ribu butir kristal Swarovski. Nilai gaun tersebut hari ini mencecah RM4.6 juta.