SAG Awards berlangsung hari ini, dan ini pandangan kami tentang 10 gaya selebriti yang melangkah di permaidani merah.
Musim anugerah sudah bermula, selain menanti siapa yang menang kita juga semua mahu lihat apakah gaya karpet merah yang akan disajikan oleh selebriti tahun ini. Jika acara muzik seperti Grammy Awards sudah tertangguh akibat penularan varian Omicron, tapi tampaknya industri perfileman dan televisyen terus rancak dengan pelbagai anugerah termasuklah Screen Actor Guild (SAG) yang berlangsung hari ini. Ini antara 10 gaya selebriti di karpet merah yang mencuri perhatian.
LADY GAGA
Mendahului pastinya salah seorang ratu permaidani merah, Lady Gaga. Kemunculannya sering sahaja dinantikand an kali ini dia menyarung busana berwarna putih dari Armani Prive. Sudah beberapa kali juga Lady Gaga memilih warna putih untuk penampilannya di karpet merah sebelum ini.