Rihanna menjadi kegemaran apabila bercakap tentang fesyen di karpet merah. Peminat sentiasa berteka-teki tentang apa yang akan dipakainya, dan yang pasti tiada siapa dapat mengatasi pesonanya di permaidani merah.
Penyanyi terkenal dan pengasas Fenty Beauty, Rihanna sering mengambil risiko dalam berfesyen. Daripada gaya luar pentasnya yang mencetuskan trend, bawa kepada Fenty Beauty yang mengubah industri kecantikan, penyanyi itu juga terkenal dengan pilihan pakaian karpet merahnya yang berani. Baru-baru ini, Rihanna mengesahkan bahawa dia akan membuat persembahan di Super Bowl LVII Halftime Show pada Februari 2023. Roc Nation juga secara rasmi mengesahkan penyertaan penyanyi itu melalui kenyataan yang dikeluarkan mereka. EH! mengimbas kembali detik-detik karpet merah terbaik Rihanna setakat ini.