41st Annual American Music Awards
Rihanna menyarung busana berani Jean Paul Gaultier ke Annual American Music Awards pada 24 November 2013. Dia menggayakan coli bermanik dan padanan skirt berona hitam berkilauan dalam potongan duyung berenda nipis. Gaya rambut balutan doobienya turut menarik perhatian orang ramai kerana ia adalah gaya yang biasa dipakai oleh wanita Afrika Amerika di dalam privasi rumah mereka. Dia melengkapi gayanya dengan coker bertatah batu berlian.
