No one dress better than Olivia Dean, paling tidak untuk tahun ini. Penampilannya yang bersahaja, gayanya tidak try too hard lantas meletakkan dirinya di kelas yang tersendiri.
Man, I need Olivia Dean’s wardrobe! Nama Olivia Dean semakin mekar dengan memuncaknya populariti lagu ‘Man I Need’ yang dipetik dari album terbarunya yang berjudul, ‘The Art of Loving’.
Gadis kelahiran London yang berusia 26 tahun ini pernah hadir dengan album ‘Messy’ dua tahun lalu. Mendapat penataan gaya dari stylist, Simone Beyene, bagi saya Olivia berjaya meletakkan dirinya sebagai penyanyi paling stail tahun ini.
Ini 10 Gaya Olivia Dean Pilihan EH!
Mengenakan gaun hitam saat menghadiri premier filem Bridget Jones Diary, Mad About You di London. Gaun hitam dengan perincian batu kemilau ini rekaan The Own Studio. Rambut mengerbang menghidupkan gaya yang ringkas.

Sekali lagi memilih gaun hitam ringkas, dan kali ini dia memilih gaun hitam dari Mugler untuk persembahan istimewa di kota Paris. Memang kena, Paris = Mugler!
Memilih padanan top dari Joseph dan skirt dari 16Arlington saat muncul di rancangan popular BBC, Later with Jools Holland.

Olivia Dean mengenakan gaun ‘musim panas’ dari Louis Vuitton saat muncul di persembahan di pentas terbuka di Hyde Park. Dia mengenakan cermin mata hitam, membuatkan penampilannya lebih cool!

Sebagaiw ajah rasmi haruman Burberry Her, semestinya dia juga diundang ke pertunjukan jenama kebanggan kota London ini. Kali ini dia mengenakan padanan genggang coklat lengkap dengan but dari warna yang sama,. Semestinya head-to-toe in Burberry.
Penampilan Olivia Dean memang definisi yang tepat untuk ‘less is more’, begitu jugalah penampilannya dalam gaun putih 16 Arlington sewaktu satu persembahan di London ini.

“Simplicity is the ultimate sophistication,” kata Leonardo da Vinci. Begitulah juga dengan gaya Olivia Dean dalam persalinan tweed Chanel ini. Gayanya ini adalah sewaktu muncul di NBC Today di kota New York.
Sekali menggayakan persalinan Louis Vuitton untuk satu persembahannya di Amerika Syarikat. Potongan baju ini masih tampil ringkas walaupun pada bahagian kainnya punya perincian.

Tampil dalam persalinan rekaan Chopova Lowena dengan perincian rama-rama di pinggang. Gaya santai namun femini untuk persembahannya di Austin City Limits Music Festival 2025.
Untuk persembahan di Sydney, Olivia Dean memilih gaun David Koma yang sarat dengan perincian bulu di hujung kain. Rambut yang mengerbang menambah energi pada keseluruhan penampilan.










