Jenna Ortega – Gucci
Bintang ‘Wednesday’ ini antara yang mendapat liputan di Golden Globes kali ini kerana siri yang dibintanginya antara yang mencatat rating tertinggi di seluruh dunia. Jenna Ortega memilih gaun lisu dalam ton coklat yang pada saya pilihan warna yang bijak kerana tak ramai yang mahu menggayakan warna ini. Silap pilih boleh nampak kusam.