Tan Sri Michelle Yeoh – Armani Privé
Memilih gaun sarat labuci, pilihannya yang ini bukanlah yang terbaik dalam sejarah penampilannya di karpet merah. Namun begitu, dek sebab namanya antara yang menjadi sebutan di acara kali ini (memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Komedi/Muzikal) meletakkannya antara bintang baris hadapan yang mesti diberi perhatian.