Saya rasa ramai yang ada love and hate relationship dengan siri Emily in Paris, ada rasa tak suka tapi can’t resist untuk menontonnya. Sudah masuk musim ketiga, siri ini terus mendapat perhatian di sebalik pelbagai kritikan. EH! menyorot 10 gaya paling menarik bintang utama siri popular Netflix ini, Lily Collins.
Ini penampilan paling terkini Lily Collins, dan untuk malam gala Emily in Paris ini dia menggayakan helaian dari Valentino. Penampilannya ini mendapat banyak respon positif. Gaun pendek dengan perincian ‘reben’ ini dipadankan dengan gaya sanggul tinggi, sekaligus menonjolkan sedikit mood gaya 60-an.