
Antara penampilan karpet merah Lily Collins yang menjadi kesukaan saya. Dia menyarung gaun renda sarat bunga dari Alexander McQueen ke 19th Costume Designers Guild Awards. Masih mengekalkan gaya femininnya (dengan mainan flora) namun warna hitam membuatkan kemunculannya lebih seksi.