Di Met Gala 2017, Lily Collins cuba untuk kelihatan edgy tapi mungkin personaliti dan riak mukanya yang ‘cute’, agak sukar dia merealisasikan rancangannya itu. Dia menggayakan gaun net Giambattista Valli dan memakai cemara pendek dan bibirnya bercalit gincu coklat gelap. Namun penampilannya masih boleh diklasfikasikan sebagai menarik.