CinemaCon 2023 yang berlangsung dari 24 April menandakan bermulanya konvensyen rasmi National Association of Theatre Owners.
Walaupun acara itu kedengaran seperti persidangan perniagaan bagi sesetengah orang, ia sebenarnya adalah masa untuk tayangan perdana dan siaran filem yang sangat dinanti-nantikan peminat. Karpet merah CinemaCon tahun ini diserikan dengan kehadiran bintang Hollywood tersohor termasuk Jennifer Lawrence, Margot Robbie, Ryan Gosling dan Zendaya. Mereka tampil bergaya dalam persalinan jenama mewah antaranya daripada Louis Vuitton, Versace dan Prada.