Foto: TPGimages/clickphotos
Ramai dah tahu bahawa Duchess of Cambridge ini memang gemar untuk ulang pakai busana dalam tugas rasminya. Tidak kira apa saja yang disarungkan oleh Kate Middleton, semuanya terletak dan tampak anggun belaka. Malah lebih mengagumkan busana yang dipilihkan rata-rata dari jenama high street dan mampu dimiliki oleh orang ramai juga. Ini juga telah menyebabkan lonjakan jualan setiap kali baju yang dipakaiannya di penampilan umum di rakam media.
Ibu kepada Putera George dan Puteri Charlotte ini sudah mengamalkan konsep ulang pakai ini sejak mula berkahwin dengan Putera William dulu. Amalannya ini dipuji oleh banyak pihak dan industri fesyen turut kagum dengan gaya Kate yang sentiasa yakin walaupun memakai busana yang pernah dipakai sebelum ini.
Dia bijak mempelbagaikan gaya jika mengulang baju yang sama dan mengadaptasi mengikut situasi dan acara yang dihadiri. Kisahnya mengulang busana timbul kembali apabila baru-baru ini Kate hadir ke majlis malam gala Hospis Kanak-kanak East Anglia’s di Houghton Hall pada 22 Jun lalu memakai gaun pereka British, Jenny Packham yang sama dipakai ke majlis makan malam di Istana Kensington pada 2011.
EH! himpunkan sembilan lagi gaya Kate Middleton yang anggun dalam busana ulangannya.