Apa perasaan kamu sewaktu mula-mula menegtahui konsep cereka ini dan ceritakan pengalaman bekerja dengan Bardia Zeinali?
Saya menyukai konsep dan karakter yang diberikan sejurus mengetahui tentang konsep cereka ini. Saya dapat rasakan Bardia adalah seseorang yang tahu apa yang dia mahukan. Malah sebelum dia berkongsi lakaran adegan-adegan cereka ini saya sudah dapat membayangkannya hanya dengan melihat stailnya. Dia seorang yang sangat teliti dan sangat mementingkan semua aspek biarpun sekecil-kecil hal. Ia sangat menyeronokan dan suasana bekerja dengannya membuatkan semua orang mahu memberikan yang terbaik.
Apakah adegan yang menjadi kesukaan kamu?
Pastinya adegan mentega kacang dan sanwic. Sangat melucukan. Saya dapat rasakan saya betul-betul berada di dalam dunia Bardia. Adalah sesuatu yang menakjubkan bila mana saya diberi peluang membawa watak yang betul-betul membuatkan saya hanyut di dalam dunia watak tersebut. Begitu juga dengan set dan kostum yang direka khas untuk cereka ini. Semuanya nampak kena. Saya juga sukakan adegan semua karakter dalam topi cef yang besar, koreografinya lucu dan sangat istimewa. Saya akan teringat-ingat pengalaman melakonkan watak ini untuk satu jangka masa yang lama.