Boleh ceritakan pengalaman menarik kamu sewaktu bercuti sebelum ini? Adakah yang menginagtakan kamu dengan Hôtel Hennes?
Saya pastinya terkenangkan percutian saya di Mykonos dan selatan Perancis. Jika ditanyakan tentang fantasi, Hôtel Hennes berada di liganya tersendiri. Hôtel Hennes sangat berbeza.
Adegan terawal di dalam cereka ini menunjukkan satu buku bertajuk ‘The Rules of Fashion’. Adakah Gigi bersetuju seharusnya tiada peraturan dalam bergaya?
Saya seorang yang tak mengikut trend. Saya pakai apa yang saya suka. Ada harinya saya lebih feminin, ada hari yang lain pula saya lebih senang menyarung baju lelaki. Ada harinya saya suka menyarung baju-baju yang berwarna terang, adaklanya suka sedondon hitam. Bagi saya bereksperimen dengan fesyen adalah salah satu cara untuk kita selesa dengan diri kita sendiri. Ia seharunya sesuatu yang menyeronokan dan spontan, sesuatu yang boleh membuatkan kamu terinspirasi.
Pandemik membataskan untuk kita bercuti, membuatkan kita tidak banyak peluang untuk bersiap-siap atau bergaya. Adakah filem ini bagaikan satu peluang untuk meraikan kebebasan yang pernah kita miliki dulu?
Semestinya. Bukan sahaja pada situasi dan konsep cereka ini yang penuh fantasi, peluang berada di set penggambaran ini sendiri sudah cukup menyeronokan, saya dapat merasai pengalaman yang sama seperti dulu. Kita kini lebih bersyukur dan lebih menghargai peluang ini. Inilah hikmah dari apa yang seluruh dunia lalui, kita lebih berterima kasih.