Memiliki saiz badan petite sering dianggap mencabar untuk digayakan, sedangkan sebenarnya ia hanya perlukan teknik mix & match yang tepat serta pemilihan pakaian dan siluet yang betul, penampilan anda boleh nampak lebih tinggi dan effortless tanpa tanpa perlu kejar setiap trend yang lalu di timeline.
Badan petite sebenarnya sangat fleksibel untuk bereksperimen. EH! kongsikan panduan mix & match yang praktikal, mudah diikut dan realistik, supaya anda boleh tampil comfy, confident dan stylish setiap hari tanpa drama berdiri lama di depan almari.
Intai Sepuluh Tip Mix & Match Untuk Badan Petite;
1. Pilih High-Waisted, Always
Kalau anda berbadan petite, anggap saja high-waisted sebagai non-negotiable dalam almari. Potongan pinggang tinggi secara automatik boleh membantu mencipta ilusi kaki yang lebih panjang dan menjadikan siluet tubuh nampak lebih kemas dan seimbang. Cukup padankan bersama top yang dimasukkan ke dalam atau cropped top untuk hasil yang lebih effortless.

2. Say No to Oversized
Oversized bukanlah off-limits untuk badan petite cuma kuncinya pada keseimbangan. Elakkan menggayakan potongan longgar dari atas hingga bawah kerana ia boleh buat badan nampak hilang bentuk. Jika bahagian atas oversized, pastikan bahagian bawah lebih fitted dan begitu juga sebaliknya.

3. Monokrom Sentiasa Selamat
Outfit dalam satu tona warna dari atas ke bawah memang antara trik paling mudah untuk buat badan petite nampak lebih tinggi dan streamlined. Ia membantu panjangkan visual tubuh tanpa perlu effort berlebihan. Tetapi monokrom disini tidak semestinya warna hitam dan putih sahaja, tona nude, coklat, kelabu atau pastel lembut juga mampu beri kesan yang sama, malah nampak lebih fresh dan moden.

4. Panjang Pakaian
Untuk badan petite, panjang pakaian memainkan peranan dalam menentukan keseluruhan look. Bagi skirt dan dress, potongan atas lutut atau paras buku lali adalah paling selamat kerana ia membantu kaki nampak lebih panjang. Elakkan potongan mid-calf kerana ia cenderung memotong visual kaki dan membuat tubuh kelihatan lebih rendah daripada sebenar.

5. Cropped Is Your Best Friend
Potongan cropped antara styling hack paling selamat. Jaket, cardigan atau top yang berakhir di atas pinggang secara automatik menaikkan visual badan dan membuat kaki nampak lebih panjang. Simple tetapi boleh buat keseluruhan outfit nampak lebih kemas, moden dan well-proportioned.

6. Layering
Layering boleh memberi dimensi dan buat outfit nampak lebih menarik, tapi untuk badan petite, panjang lapisan itu penting. Elakkan jaket atau blazer yang terlalu labuh kerana ia boleh menenggelamkan siluet. Sebaliknya, pilih blazer paras pinggang atau jaket pendek yang lebih flattering dan membantu mengekalkan postur badan yang seimbang.

7. Potongan Seluar
Bukan semua potongan seluar beri kesan yang sama. Seluar straight cut atau slim fit selalunya lebih selamat kerana ia ikut garisan badan dan buat siluet nampak lebih kemas berbanding wide-leg yang terlalu lebar. Potongan ini membantu elakkan tubuh kelihatan heavy dan memastikan penampilan kekal sleek serta seimbang.

8. Kasut
Pointed-toe shoes, sandal atau heels rendah sudah cukup untuk beri ilusi kaki lebih panjang. Pilih rekaan yang sleek dan ringkas, untuk dapatkan look yang nampak lebih tinggi, kemas dan effortless sepanjang hari.

9. Trik Tuck-In
Trik ini agak ringkas tetapi boleh memberikan impak dalam penampilan mereka yang bersaiz petite. Hanya meemasukkan baju ke dalam seluar atau skirt akan instantly membuatkan siluet badan anda nampak lebih kemas dan kaki kelihatan lebih panjang.

10. Aksesori
Aksesori yang dipilih boleh menentukan keseimbangan keseluruhan outfit. Beg yang terlalu besar mudah mengganggu postur badan dan boleh buat penampilan anda nampak tenggelam. Sebaliknya, pilih aksesori bersaiz sederhana serta tali pinggang nipis untuk menyerlahkan pinggang secara subtle dan kemas.

Artikel berkaitan: Gaya Selebriti di Grammy Awards 2026
