BTS membuat penampilan pertama di rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada 2018 dalam sut segak bermotif cetakan. Tahun yang sama, mereka menjadi kumpulan pop lelaki pertama yang menjalin kolaborasi dengan Dior dan menyarung persalinan rekaan Kim Jones daripada koleksi pre-fall 2019 di konsert Stade de France.