Buat julung kalinya, AIFW Event bakal mengadakan sebuah acara fesyen islamik Asia yang pertama di Malaysia iaitu Asia Islamic Fashion Week 2017.
Acara ini dirancang demi untuk mempersembahkan fesyen serta gaya terkini berkonsepkan Islamik. Ia bakal berlangsung pada 30 Mac sehingga 2 April nanti. Majlis berprestij ini diasaskan oleh Fuza Umar.
Berikut adalah informasi penuh tentang acara fesyen Islamik Asia ini.
- Bakal mengambil tempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), ia akan bermula dari jam 10 pagi sehingga 8 malam setiap hari.
- Terbuka untuk semua orang menghadiri dan menyaksikannya.
- Lebih dari 10,000 disasarkan, 180 peserta pameran, 100 pereka fesyen, 200 pembeli dagangan antarabangsa, dan jemputan media lebih dari 20 buah negara yang bakal turut serta dalam menjayakan acara fesyen ini.
- Malaysia sebagai tuan rumah untuk acara fesyen Islamik ini.
- Kerjasama bersama portal beli-belah atas talian iaitu Zalora.
- Antara pereka fesyen yang akan terlibat di dalam minggu fesyen Islamik ini adalah Dian Pelangi, Cosry, Karina Ng, Mimpi Kita, Eja Shahril, Sawdaa, Uniqlo, Inayah UK, Phewiit by Amy Search, Mumu Scarf, Ash & Annas, TelTelekung Siti Khadijah dan Insaniyah.
- Tiga fesyen influencer di #AIFW2017 adalah ; Dian Pelangi, Mizz Nina dan Melanie Elturk.
- Kolaborasi bersama Islamic Fashion & Design Council (IFDC) yang mana sebuah council diasaskan oleh Alia Khan. Ia satu council yang mewakili ekonomi Islam dan ia berlokasi di 10 buah negara di dunia termasuklah New York, Itali, Afrika Selatan, Turki, Rusia, Kanada, Pakistan dan beberapa lagi cawangan di United Arab Emirates.
- Turut berkolaborasi bersama iHALALMAS iaitu Institut Pengurusan Halal dan Sains, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Teknologi MARA.
- #AIFW2017 juga disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia.