Calvin Klein akhirnya melancarkan kempen terakhirnya musim ini yang paling dinanti-nanti. Jung Kook kembali membuat peminat Calvin Klein tidak keruan dengan kempen terbaru ini.
“Saya tahu para peminat telah lama menantikan kemunculan semula ini, dan memang terasa hebat apabila dapat kembali dalam denim ikonik Calvin Klein. Tenaga di set penggambaran Calvin Klein sentiasa luar biasa, dan kali ini tidak terkecuali. Saya tidak sabar untuk melihat kempen ini dilancarkan kepada dunia,” kata Jung Kook tentang kempen sekembalinya bersama Calvin Klein.
Calvin Klein melancarkan kempen denim terbaharunya menampilkan duta globalnya, anggota kumpulan BTS, Jung Kook semalam dan media sosial Calvin Klein dihujani dengan pelbagai komen dari peminat setia Jung Kook juga penggemar jenama fesyen itu sendiri.
Kempen ini dirakam oleh jurugambar terkenal Mert Alas yang mana kempen ini sendiri hadir dengan objektif mahu menonjolkan karisma pentas Jung Kook sambil menyalurkan tenaga yang menjadikannya ikon global. Foto-foto kempen ini memaparkan Jung Kook dari perspektif segar yang menangkap aura bintangnya.
Berlatarbelakangkan suasana kota New York yang kelam dan diiringi lagu “Block Rockin’ Beats” oleh The Chemical Brothers, video kempen ini mengikuti langkah Jung Kook menakluki kota dengan penuh keyakinan. Tampil hot dengan denim ikonik Calvin Klein dan koleksi musim ini termasuk gaya denim sepenuhnya dan jaket kulit dengan trim bulu.
Koleksi denim terbaharu Calvin Klein menampilkan gaya kasual dengan sentuhan inspirasi era ‘90-an. Corak cetakan CK mendefinisi semula monogram ikonik jenama ini menjadi corak keseluruhan yang memberikan tenaga grafik pada seluar jean dan jaket trucker.
Reka bentuk Darted Carpenter Jean menonjol dengan siluet berinspirasikan gaya utilitarian dan jahitan kontras, menghasilkan gaya denim berganda yang berani apabila dipadankan dengan jaket Darted Workwear.
Antara gaya utama musim ini ialah Barrel Jean, potongan pinggang rendah dengan rekaan longgar dan kaki tirus, sesuai digayakan bersama 90s Trucker Jacket dan Matchbox Tee untuk tampilan kasual namun masih nampak bergaya. Sementara itu, jeans ikonik 90s Straight Jean diberi nafas baharu dengan cucian vintaj dan gelap yang direka untuk gaya yang lebih versatil.
Koleksi denim terbaharu Calvin Klein kini boleh didapati di laman web Calvin Klein.
BACA: 9 Foto ‘Menggoda’ Mingyu Dalam Kempen Terbaru Calvin Klein










