Kristen McMenamy
Dari jauh sudah tahu ini gaun dari Valentino, warnanya memang sinonim dengan rumah fesyen Milan itu tahun ini. Carik-carik bulunya sesuai dengan supermodel ini. Cantik tapi sudah jadi biasa mungkin kerana sudah banyak melihat gaya Valentino ini (juga warna ini sebenarnya) di pelbagai acara. Saya dah tak mahu melihat ‘pink Valentino’ ini tahun hadapan.