Tidak pernah kalah bergaya, Taylor Swift bukan sahaja layak digelar ratu muzik tetapi juga ikon fesyen.
Sejak menceburkan diri dalam bidang hiburan pada 2006, penampilan Taylor sering mencuri tumpuan sama ada di karpet merah acara berprestij mahupun ketika membuat persembahan di atas pentas.
Penyanyi berusia 31 tahun itu dilihat gemar menyarung gaun berani dan menyerlah yang menampilkan warna terang serta perincian memukau seperti labuci.
Semak beberapa momen fesyen terbaik Taylor Swift di acara karpet merah.