Selain pertabalan Raja Charles III yang ditonton oleh lebih 18 juta penonton, turut mencuri perhatian ialah fesyen yang digayakan oleh tetamu yang berangkat tiba di Westminster Abbey.
Lihat sahaja fesyen yang digayakan oleh Kerabat Diraja dari seluruh dunia yang berangkat tiba di Westminster Abbey untuk pertabalan Raja Charles III dan Ratu Camilla dari United Kingdom. Seperti yang boleh dibayangkan, ia adalah acara paling formal dan dinantikan oleh rakyat untuk melihat fesyen yang digayakan oleh tetamu. Malah bintang pop, Katy Perry, turut hadir sebaris dengan sut skirt ungu dari Vivienne Westwood dan topi bersaiz besar.