1. Permaisuri Camilla.
Permaisuri Camilla tiba bersama Raja Charles III dengan menyarungi jubah penghormatan khas Ratu Elizabeth II yang pernah disarunginya pada 70 tahun lalu. Camilla memakai gaun kot putih anggun, direka oleh Bruce Odfield, dengan hiasan bersulam pada skirt. Diperbuat daripada fabrik sutera dengan kemasan kilauan kusam dan tambahan sulam bunga emas dan perak yang halus seperti rantai daisy, forget-me-nots, celandine, dan pimpernel merah, yang bertujuan untuk mewakili United Kingdom.