Ayuh imbas 15 penampilan penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Oscars sejak tahun 2011 hingga 2025, warna apa yang mendominasi dan mungkin boleh dikatakan membawa tuah?
Masuk awal tahun, majlis anugerah bersilih ganti. Tahun ini bermula dengan Critics Choice Awards, diikuti Golden Globes, sampailah ke malam Anugerah Akademi (Oscars) yang dijadualkan berlangsung pada 15 Mac 2026.
Sudah nama pun majlis anugerah, selain teruja ingin tahu siapa yang membawa pulang trofi, mata kita terlebih dahulu dijamu dengan pelbagai ragam gaya selebriti yang melangkah di permaidani merah. Gaya-gaya selebriti sering saja mendapat perhatian, dan adakalanya bukan melihat pada busana dan aksesori, malah ada sesetengah selebtiti yang menjadikan karpet merah sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu mesej. Misalnya tahun lalu, ramai selebriti yang menyemat lencana pada busana mereka sebagai satu lambang soladoriti.
2011- Natalie Portman, Rodarte

Natalie Portman menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Angerah Akademi ke-83 menerusi kecemrlangan persembahannya di dalam filem The Black Swan. Natalie menggayakan gaun ungu ilham Rodart dan aksesori dari Tiffany & Co. Ketika ini Natalie sedang sarat mengandung.
2012- Meryl Streep, Lanvin

Ini adalah kemenangan Meryl Streep kali ketiga di Oscar dan merupakan trofi kedua untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (pertama menerusi filem Sophie’s Choice, 1982). Meryl Streep naik ke pentas menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik (bagi watak Margaret Thatcher di dalam filem The Iron Lady) dalam gaun keemasan dari Lanvin.
2013- Jennifer Lawrence, Dior Haute Couture

Masih belum terlupa momen Jennifer Lawrence saat dia terjatuh di tangga ketika mahu menerima trofi Orcar pertamanya. Gaun ilham Raf Simons ini menggunakan material broked sutera dalam rona krim. Jennifer menyempurnakan penampilannya dengan aksesori dari Chopard. Dia meraih kemenangan ini menerusi filem ‘Silver Linings Playbook’. Khabarnya juga gaun ini adalah gaun termahal yang pernah digayakan di Oscar.
2014- Cate Blanchett, Armani Privé

Gaun nude dengan taburan kristal Swarovski dari Armani Privé menjadi peneman Cate Blanchett ketika menyambut trofi kemenangannya. Cate memenangi anugerah ini menerusi filem The Blue Jasmine. Ini adalah trofi Oscar kedua Cate selepas menerima trofi pertama bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (The Aviator, 2004).
2015- Julianne Moore, Chanel Haute Couture

Persembahan cemerlangnya sebagai pemeran watak pesakit alzheimer menerusi filem Still Alice menghadiahkan Julianne Moore trofi Pelakon Wanita Terbaik. Julainne menyarung adi busana Chanel Haute Couture rekaan Karl Lagerfeld. Gaun ini sarat ditaburi sekuin serta kuntuman bunga yang diperbuat daripada organza. Khabarnya gaun ini mengambil masa 987 jam untuk disiapkan. Julianne Moore menyempurnakan penampilannya dengan aksesori Chopard.
2016- Brie Larson, Gucci

Brie Larson menyarung gaun biru diraja Custom Gucci by Alessandro Michele dengan perincian di pinggang. Dia meraih kemenangan menerusi watak ‘Ma’ di dalam filem Room.
2017- Emma Stone, Givenchy Haute Couture

Emma menyarung busana dalam ton keemasan dengan juraian manik di bahagian kaki Givenchy Haute Couture ke malam Oscar ke-89. Dia mengenakan anting-anting Tiffanny & Co sebagai pelengkap gaya. Wataknya sebagai Mia-wanita yang bekerja keras mencari peluang di Hollywood di dalam filem muzikal La La Land menghadiahkannya Oscar pertamanya.
2018- Frances McDormand, Valentino

Di malam Anugerah Akademi ke-90, Frances McDormand memilih untuk menyarung gaun hitam-emas dari Valentino rekaan Pierpaolo Piccioli. Apa yang lkebih menarik perhatian ialah kemuncualnnya dengan wajah ‘bogel’ tanpa sebarang solekan yang mampan. Francess menerima trofi ini bagiw ataknya sebagai Mildred Hayes di dalam filem Three Billboards Outside Ebbing, Missouri.
2019- Olivia Colman, Prada

Olivia Colman dan penata gayanya, Mary Fellowes bekerja rapat dengan Miuccia Prada untuk mencipta look ini. Warna emerald green dipilih sendiri oleh Olivia Colman. Gaun polos ini diperindah dengan balutan organza ditaburi batu Swarovski di bahagian dada dan meleret ke belakang. Dia meraih trofi ini menrusiw atak Queen Anne di dalam filem The Favourite.
2020- Renée Zellweger, Armani Privé

Gaun toga sarat jemeki Armani Privé membawa tuah buatnya apabila membawa pulang trofi idaman pelakon seluruh dunia ini. “We have lots of options, but only the best options,” kata Renée saat ditemubual. Renée membawa pulang kemenangan ini hasil lakonan hebat sebagai Judy Garland di dalam filem biopik, Judy.
2021- Frances McDormand, Velentino

Selang dua tahun, Frances McDormand sekali lagi diumumkan sebagai pelakon wanita terbaik di Oscars, namun kali ini dalam suasana yang agak suram kerana waktu ini dunia sedang berjuang mengharungi pandemik Covid-19. Sesuai dengan kesuraman itu, Frances sekadar menyarung gaun polos hitam Valentino di malam bersejarah itu.
2022- Jessica Chastain

Aktres berambut ‘ginger’ ini meraih tefori ini menerusi filem The Eyes of Tammy Faye. Jessica Chastain menyarung gaun berkilauan ombre inspirasi gaya 1970-an rekaan Alessandro Michele.
2023- Michelle Yeoh, Dior Haute Couture

Detik bersejarah bagi rakyat Malaysia apabila anak kelahiran tanah air, Tan Sri Michelle Yeoh dianugerah trofi Pelakon Wanita Terbaik di malam Anugerah Akademi ke-95. Michelle menggayakan gaun berperician bulu putih dari Dior Haute Couture rekaan Maria Grazia Chiuri. Dia juga mengenakan aksesori Moussaieff dan juga jam tangan Richard Mille.
2024- Emma Stone, Louis Vuitton

Emma Stone sekali lagi naik ke atas pentas menerima trofi dan kali ini menerusi filem Poor Things. ‘Gaun Oscars’ pilihannya kali ini ialah berpotongan peplum dalam ton hijau pudina dari Louiss Vuitton.
2025- Mikey Madison, Dior Haute Couture

Ternyata filem Anora membawa tuah kepada Mikey Madison apabila aktres ini membawa pulang trofi kemenangan di majlis Oscar ke-97. Gaun dengan hiasan reben ini adalah inspirasi dari rekaan vintaj Dior 1956. Mikey memadankan gaun merah jambu ini dengan aksesori Tiffany & Co.
Berdasarkan busana yang digayakan oleh pemenang Best Actress ini, dapatkah anda meneka warna yang membawa tuah? Atau ia sekadar kebetulan? Atau mungkin, kita boleh melihat beberapa jenama yang sering menjadi pilihan? Tahun ini? Kita tunggu sama-sama.
