Dibanjiri para tetamu, masing-masing kelihatan menawan kala menghadiri acara EH! TOP 20 2023 yang berlangsung dengan meriah sekali!
EH! Top 20 merupakan sebuah acara tahunan yang mengumpulkan 20 figura berbakat hebat. Bertemakan Denim Unleashed, EH! TOP 20 2023 kali ini berlangsung dengan jayanya di Pitt Club KL pada 27 November 2023. Rata-rata tetamu dan selebriti yang hadir, tampil dengan look denim yang cukup bergaya dan menangkap mata. Jom semak gaya selebriti lelaki yang hadir ke acara EH! TOP 20.
1. Amir Ahnaff
Amir Ahnaf, pelakon yang kini semakin meningkat dengan ketampanannya tampil memakai overall denim bersama kemeja putih di dalam. Untuk melengkapkan gayanya, amir memakai but berona hitam dan kaca mata.
2. Mierul Aiman
Kegilaan para gadis, Mierul Aiman muncul dengan look garang, memakai kemeja putih bercorak dibaluti jaket denim berona padan. Turut dipadankan dengan seluar jean yang diselit ke dalam but tinggi, looknya dilengkap dengan memakai aksesori rantai, cincin dan bandana yang diikat di sisi seluar bersama rantai.
3. Hun Haqeem
Seorang pelakon kacak, Hun Hakeem sering tampil dengan looknya yang mencuri tumpuan. Pada acara EH! TOP 2O, Hun hadir dengan pakaian all black dan sentuhan jaket denim berona biru. Melengkapkan gayanya, Hun memakai kaca mata hitam dan but.
4. Daniel Fong
Daniel Fong memilih untuk menggayakan stail denim on denim rona sama padan dan tee tanpa lengan di dalam. Daniel memakai but hitam dan aksesori untuk melengkapkan gayanya, menampakkan penampilannya pada waktu ini seimbang dan kemas.
5. Fazziq Muqris
Fazziq Muqris, seorang pelakon dan hos mencuri tumpuan dengan look funky. Fazziq memakai overall denim dipadankan dengan hoodie berona jingga terang untuk memberi mood yang lebih gembira. Dia melengkapkan gaya keseluruhannya, dia memakai headband, kaca mata biru dan sniker putih.
6. Nazim Othman
Nazim Othman tampil segak memakai jaket putih dibutang penuh, dipadankan dengan seluar jean potongan lurus dan but berona hitam.
7. Shahrul Aimy
Atlet gimnastik Malaysia, Shahrul Aimy hadir dengan gaya streetwear, memakai tee berona hitam di dalam jaket berwarna terang. Melengkapkan gayanya, dia memakai seluar cargo dan sniker putih.
8. Saixse
Terkenal dengan lagunya berjudul ‘Malampagi’, Saixse hadir dengan memakai jaket putih yang membaluti hoodie berona putih. Dia memilih untuk memadankan gayanya dengan seluar potongan lurus, dan sniker putih.
9. Sean Lee
Tampil bersahaja, Shawn lee memakai hoodie berona hitam bersama seluar jean potongan besar yang diselit ke dalam but hitam.
10. Ali Reza
Pelakon Ali Reza hadir memakai tee bercorak disebalik jaket denim dan dipadankan dengan seluar jean bercorak putih dan sniker.
11. Hatta Dolmat
Pereka fesyen Hatta Dolmat menggayakan look ombre tie dye yang menangkap mata. Melengkapkan gayanya, Hatta memakai aksesori dan but, serta kelihatan segak dengan rambut berona silver.
12. Kel Wen
Kel Wen, pereka fesyen di sebalik jenama terkenal BEHATI sungguh memukau dengan gaya oversized denim on denim ala ala samfoo. Dia melengkapkan gayanya dengan rambut slick back dan sniker tinggi.
13. Rizal Rasid
Penyanyi kacak kelahiran Brunei, Rizal Rasid hadir memakai denim berona gelap dan oversized. Dia mengenakan jaket denim tanpa lengan dan tee kelabu di dalam bersama seluar jean potongan unik. Melengkapkan gayanya, dia memlih untuk memakai but hitam dan jam tangan.
14. Arif Kamarudin
Penyanyi Arif Kamarudin tampil dengan gaya 70-an memakai fully denim, jaket dibutang penuh dan seluar potongan lurus. Melengkapi gayanya, Arif memakai but hitam dan rantai.
15. Haidar Hasanudin
Pelakon meningkat nai, Haidar Hasanudin hadir memakai tee putih dibaluti jaket denim bercorak hati berona merah di tengah bahagian jaket. Dia memadankan gayanya memakai seluar jean bercorak, kaca mata biru dan sniker berona putih memberikan efek cool.