Dari lilitan minimalis hingga corak berani, ini antara gaya berselendang yang menangkap mata saat meraikan Aidilfitri.
Gaya selendang bahu kembali mencuri perhatian sebagai pilihan hiasan tambahan yang effortless namun tetap anggun. Dengan lilitan yang dibiarkan jatuh lembut di bahu ataupun diletakkan di atas kepala, gaya ini memberi sentuhan santai dan sesuai digayakan untuk pelbagai warna baju raya. Selendang bahu membuktikan bahawa kesederhanaan mampu menyerlahkan personaliti dan gaya tersendiri.
Terinspirasi daripada selebriti dan influencer, berikut 18 gaya selendang bahu yang boleh dijadikan rujukan:

Dipadankan dengan baju Raya coklat, Scha Alyahya memilih selendang bahu putih jarang bersulam bunga yang menyerlahkan penampilannya. Memberi efek lembut dan flowy, sekali gus mencipta gaya anggun untuk pagi Syawal.
KHAININA KHALIL

Nina Khalil menggayakan selendang printed campuran warna biru dan hijau yang serasi dipadankan dengan baju warna biru gelap, mencipta gaya yang segar dan harmoni.
ERNIE ZAKRI

Ernie Zakri pula menggayakan selendang bahu bercorak batik yang senada dengan kainnya, dipadankan bersama kebaya biru, sekali gus memberi impak irony dengan sentuhan retro. Padanan ini dapat menyerlahkan elemen tradisional dalam gaya yang lebih moden.
DATIN SERI CAMELIA KHAN

Sentuhan aksesori yang dipilih melengkapkan keseluruhan penampilan, menyerlahkan aura elegan dan mewah. Datin Camelia menggayakan selendang bahu bersulam manik yang dipadankan dengan baju Rayanya yang turut dihiasi perincian manik, mencipta gaya yang mewah dan serba sepadan.
NORA DANISH

Nora Danish menggunakan selendang bahu lace yang dilapisi dengan selendang satin bersulam dalam warna merah jambu, mencipta gaya yang lembut dan feminin.
YAYA ZAHIR

Lain daripada yang lain, Yaya Zahir menggayakan selendang bahu printed bercorak daun dan bunga, yang walaupun bercorak padat, tetap kelihatan seimbang dan harmoni dengan keseluruhan penampilannya.
SHALMA AINAA

Mengikuti trend, Shalma Ainaa mengambil kesempatan menggayakan selendang bahu biru see-through bercorak penuh bunga, dipadankan dengan baju Raya warna krim/kuning lembut, mencipta kontras dan gaya yang anggun.
ADRIANA ADNAN

Adriana Adnan menggayakan selendang bahu yang sepadan dengan kain baju Rayanya berwarna hijau, sambil bergurau di kapsyen: “Nah, saya belanja OOTD Raya pertama, strawberry matcha ke air katira?”. Padanan ini menyerlahkan gaya playful dan chic, sesuai dengan aura santai tetapi tetap bergaya.
EZZANIE JASNY

Ezzanie Jasny memilih gaya sederhana dengan selendang bahu putih yang dipadankan bersama baju Raya warna hijau lembut, mencipta penampilan minimalistik yang elegan dan menenangkan.
NELYDIA SENROSE

Menambah sentuhan dramatik dan glamor pada penampilannya, Nelydia Senrose mengambil peluang tampil dengan warna berani, menggayakan selendang bahu ungu terang yang dihiasi manik di penjuru.
SCHA ELINNEA

Scha Elinnea menggayakan selendang bahu berwarna biru gelap yang sepadan dengan corak baju Rayanya, lengkap dengan sedikit sulaman, mencipta gaya yang klasik.
ELLYA KEESHA

Walaupun gayanya minimalistik, Ellya Keesha menggayakan selendang bahu bersulam krim yang serasi dengan rantai emasnya, menambah sentuhan elegan dan cute pada penampilannya.
AISHA RETNO

Aisha Retno menggayakan selendang bahu lace merah yang dipadankan dengan kebaya merah, menghasilkan penampilan tone-on-tone yang garang dan sofistikated.
SIPHIA ALBARAKBAH

Sophia AlBarakbah tampil serba putih, termasuk selendang sulam di bahunya, menjadikan penampilannya bak angel, bukan setakat anggun dan lembut tetapi juga memancarkan aura berseri.
SOPHIA LIANA

Sophia Liana dari kumpulan De FAM menggayakan baju Raya 2026 dengan selendang bahu ungu yang serasi, memberikan sentuhan warna yang menarik dan anggun. Lilitan selendang yang lembut menambah dimensi pada penampilannya, menjadikan gaya ini tampak segar, chic dan penuh karakter.
NADIA BRIAN

Gaya Raya tahun ini tetap memukau apabila Nadia Brian menggayakan selendang bahu yang cukup menarik dan cantik, berwarna soft yellow dengan hiasan bunga ungu terjuntai di penjuru tudung, menyerlahkan elemen feminin dan anggun.
ARABELLA

Selendang bahu Arabella menampilkan corak yang sama dengan baju Raya biru gelapnya, tetapi dalam warna biru cair, menambah lilitan lembut yang memberi kesan kontras halus dan lembut.
SOFEA SHRA

Tak boleh lupa penampilan Sofea Shra yang menggayakan dua selendang bahu kontras, satu biru kehijauan bersulam dan satu lagi merah jambu see-through lace bercorak bunga dan daun, menghasilkan gaya yang unik dan elegan.
Baca: Tip Elak Solekan Bercapuk Selepas Kunjungi Rumah Terbuka
