Musim Luruh/Musim Sejuk 2024 kini tiba dengan ratusan pertunjukan fesyen yang berlangsung di Milan dan telah menyaksikan Minggu Fesyen Milan yang berprestij dengan rekaan baharu dan inovatif.
Dikenali sebagai salah satu acara fesyen yang paling berprestij dan berpengaruh di dunia, Minggu Fesyen Milan memikat komuniti fesyen global dengan paparan kreativiti dan gaya yang menakjubkan.
Berlangsung di Milan, Itali, setiap tahun, perayaan besar kecemerlangan fesyen ini terus mempamerkan reka bentuk Itali terbaik dan trend fesyen antarabangsa. Jadual untuk Minggu Fesyen Milan 2024 padat dengan barisan acara menarik yang menjanjikan helaian menarik, menggoda dan terkini.
Kemunculan selebriti di barisan hadapan menyempurnakan lagi pertunjukan jenama mewah dari Giorgio Armani, Versace ke Gucci. Begitu juga kehadiran mereka di acara berprestij, majlis makan malam after-party.
Lihat suasana sekitar berlangsungnya Minggu Fesyen Milan 2024:
Eva Mendes menggayakan busana rupa cetakan harimau bintang yang dramatik di barisan hadapan di Dolce & Gabbana.
Anne Hathaway memakai gaun korset merah dengan siluet merangkul di pinggang di barisan hadapan di Versace.
Kirsten Dunst dalam persalinan kot labuci Gucci kelihatan elegan dalam gaun bertekstur separas buku lali.
Emma Watson tiba di pameran hadapan Prada dengan gaun mini bermotif bunga dan kot biru laut klasik.
Hunter Schafer memilih kot berleher tinggi dan cermin mata berbingkai tebal sewaktu menghadiri Fesyen Minggu Milan Prada.
Susie Lau menggandingkan Onitsuka Tiger dalam busana corak bunga dan kasut ikonik.
Lucy Hale memakai Max Mara – sut seluar putih klasik dengan sarung tangan kulit dan beg klac yang sepadan.
Ellie Bamber memakai crop top blazer hitam dengan seluar pendek jenama Prada.
Gwendoline Christie tampak menarik dalam kasual ringkas menggoda rekaan Prada – skirt merah dengan kemeja putih klasik.
Letitia Wright memakai jaket kulit padanan skirt bertekstur hitam dengan beg ikonik Prada.
Mia Regan memilih dua helai bertekstur jenama Gucci dengan aksesori yang sepadan.
Daisy Edgar Jones menggayakan gaun Gucci potongan dada rendah dengan kot kelabu klasik dan sandal platform.
Jessica Alba menghadiri pertunjukan fesyen Tod dengan menggayakan kot bertali pinggang klasik dan but kelabu.
Christine Chiu menggayakan busana merah bertekstur seperti pintu dengan padanan sarung tangan chic di pameran Moschino musim luruh/sejuk 2024.
Carmella Rose menggayakan sut Alberta Ferretti – memakai sut putih bergaya dengan perincian renda.
Christinna Kuan menggayakan busana metalik ringan dengan top dalaman putih di Minggu Fesyen Prada.
Moon Ga Young tampil sensasi dalam pakaian see-through set pada koleksi FW24 Dolce & Gabbana.
Hwasa menggayakan gaun see-through set hitam dengan kot berbulu di Onitsuka Tiger.
Glenn Yong hadir ke pertunjukkan fesyen Onitsuka Tiger dalam kot busana labuh dan sepasang kasut ikonik sedikit pancaran kuning sepadan dengan warna rumah fesyen itu.