Teks : Afiqah Adz Jamros (Pelatih Industri)
Pemergian ikon fesyen, Karl Lagerfeld ditangisi oleh penggemar dunia fesyen di seluruh dunia apabila dia menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 2019 pada usia 85 tahun, meninggalkan legasi fesyen yang kekal terpahat dalam sejarah dunia fesyen antarabangsa.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan Lagerfeld yang telah berkhidmat dalam dunia fesyen sejak 64 tahun lepas.
Selain rekaan-rekaan yang berevolusi dan melangkaui zaman, Lagerfeld turut melibatkan diri dalam bidang artistik lainnya seperti seni fotografi dan bidang perfileman.
Untuk mengingati pemergiannya, EH! himpunkan 20 trivia menarik tentang mendiang legenda fesyen ini.