Musim anugerah kembali lagi. Meskipun, penganjuran musim anugerah tahun ini bermula agak lewat bukan seperti musim-musim terdahulu, namun kehangatannya tetap terasa. Kesensasian fesyen karpet merah tidak suram. Musim anugerah 2021 dibuka dengan perlangsungan 2021 Golden Globes yang diadakan semalam. Akibat pandemik, kebanyakan tetamu termasuklah barisan nominasi tidak berpeluang hadir ke acara gemilang. Hanya merayakannya dari rumah sahaja.
Pun begitu, para selebriti memanfaatkan peluang yang ada, dengan menggayakan pelbagai busana mewah, menjulang faktor Hollywood glamor. Gaun glamor, seksi, berseni, catchy, minimal, ada statement dan beragam lain lagi merupakan rancang trend karpet merah di 2021 Golden Globes. Apalah ertinya permaidani merah jikalau esen glamor itu tiada? Tak dinafikan, permaidani merahlah merupakan landasan terbaik untuk para selebriti kemilau dalam rekaan busana masing-masing.
Di 2021 Golden Globes, rata-rata selebriti tidak kalah dalam bergaya. Pendatang baharu seperti Anna Taylor-Joy dan Emma Corrin merupakan nama yang menjadi sebutan. Gaya karpet merah mereka mendefinisikan trend karpet merah yang baharu nan segar. Wajah-wajah senior seperti Laura Dern, Jane Fonda, Tina Fey, Regina King dan sebagainya turut tampil memukau. biarpun ada di antara mereka yang hadir secara virtual. Berikut merupakan penampilan selebriti di 2021 Golden Globes pilihan EH!
- ANNA TAYLOR-JOY DALAM DIOR HAUTE COUTURE
2. REGINA KING DALAM LOUIS VUITTON
3. AMANDA SEYFRIED DALAM OSCAR DE LA RENTA
4. EMMA CORRIN DALAM MIU MIU
5. SOFIA CARSON DALAM GIAMBATTISTA VALLI
6. ELLE FANNING DALAM GUCCI
Artikel berkaitan: Stail Inspirasi Daripada Filem Romantik Sempena Hari Kekasih