Item In-Trend yang kami senaraikan ini boleh anda miliki dalam harga di bawah RM200!
Trend fesyen sudah pasti ada diperbaharui setiap musim. Buat penggemar fesyen, ketagihan membeli-belah demi tidak ketinggalan trend merupakan perkara baru. Dalam kekhusyukan membeli-belah, bajet anda juga harus dipantau atau anda menerima nasib sama seperti Rebecca Bloomwood dalam filem Confessions of a Shopaholic. Sekiranya anda sedang berjimat dan masih mahu kelihatan ‘trendy‘ EH! ada beberapa item yang mesra bajet sesuai untuk memenuhkan almari pakaian anda sepanjang 2021 ini. Teruskan ‘swipe’ ke sebelah!