Saat ini, pemakaian hijab sudah menarik perhatian banyak wanita, baik dari kalangan remaja hingga dewasa. Tidak hanya sebab menuntut anjuran agama, kini pemakaian hijab tampil lebih menarik dengan adanya idea-idea ‘styling’ hijab. Yang kebanyakan dikongsi oleh influencer, memunculkan fesyen padu padan yang lebih trendy. Juga mudah ditiru untuk mempamerkan gaya yang stylish.
Golongan selebriti hijab juga turut sama tak lokek kongsi idea gaya, yang mana memberi banyak inspirasi buat wanita-wanita berhijab khasnya. Warna tudung yang mampu menyerlahkan bentuk mukamu. Aksesori tambahan apa yang patut miliki. Terkadang, satu trik yang ringkas berupaya memberi impak yang besar. Tak terjangka ia mampu meningkatkan gaya, apatah lagi mungkin melengkapi penampilan OOTD anda.
Jom rujuk stail para influencer yang paling sesuai diikuti dan mengikut trend terkini.
KOMBO WARNA
Influencer @dollydalilah ternyata banyak memberi idea gaya buat golongan hijabi. Terutamanya yang seusia dengannya. Satu hal gaya ini, kami sangat suka dan mahukan setiap hijabi untuk mencuba stail berpandukan kombo warna. Percayalah dengan gabungan warna yang betul, ia dapat menyamankan penampilan. Kombo warna hijau dan merah jambu yang ditunjukkan @dollydalilah ini sangat di luar jangkaan. A perfect style for summer too.
SUBANG STATEMENT
Aksesori seperti subang atau anting-anting adalah perhiasan wajib buat kelompok hijabi. Pakai rekaan yang dempak untuk gaya yang lebih menonjol, tetapi bergantung juga kepada kesesuaian acara dan masa. Pilih anting dengan model besar dan sedikit panjang agar dapat dikeluarkan dari hijab. Atau kenakan turban supaya dapat melihatkan sedikit telingamu.
Untuk gaya Raya, rasanya tak salah untuk pakai subang statement sebagai penegasan gaya. But don’t wear it way too much. Seimbangkan pemakaian subang statement dengan koordinasi tudung dan baju yang seimbang. Misalnya, tudung polos atau warna lembut dan pakaian bercorak floral. Seperti penampilan terbaharu @khaininakhalil dalam Instagram-nya.
JEANS & TOP PUTIH
Make it clean and simple. Bagi yang kurang gemar mengenakan padanan baju dan tudung secara maksima, boleh cuba padanan asas. Dan classy. Sarung oversized jeans bersama top longgar putih, dikenakan dengan tudung bercorak. Padanan baju polos dan tudung bercorak menjadi tumpuan kepada si pemakai berada di kawasan muka. Untuk trik yang lebih ‘stylish’, rujuk solekan @sfeashra dalam ton panas untuk menyempurnakan stail. Usah biarkan muka kelihatan terlalu ‘bersahaja’ sedangkan tudung yang dipakai sudah ‘meriah’.
Artikel berkaitan: Lambaian Lebaran