Anda tergilakan ‘styling‘ tudung bawal yang kian tular di alam maya? EH! kongsikan tiga gaya yang anda boleh cuba.
Tidak pasti sama ada kalian perasaan atau tidak, ‘styling‘ tudung bawal kian menjadi pilihan gadis maya masa kini dan kebanyakkan influencer serta selebriti turut mengenakan tudung bawal di alam maya dengan lilitan yang menarik dan trendy.
Warna yang terang dan bercorakkan geometri malah bunga menjadi kegilaan orang ramai tatkala ia menyerlahkan bentuk muka yang pelbagai dan membuatkan bentuk muka kalian kelihatan kecil berbanding bawal warna kosong. Jenama tudung lokal turut menghangatkan kembali trend bawal corak, malah warna-warna lembut seperti beige, yang soft looking sahaja beransur ubah kepada koleksi tudung bercorak.
Buat kalian yang sudah jemu memakai shawl, dan berkeinginan mencuba tudung bawal pula, yakinlah kalian pasti akan kelihatan berseri dan tampak lebih segar kerana bawal kini bukan seperti bawal terdahulu yang susah untuk dibentuk awning-nya. Kini bawal setanding material mahal dan kualiti yang mudah untuk dijaga dan dibentuk.
Jom rujuk ‘styling‘ tudung bawal dari tiga influencer hijabi yang kami rasakan dapat mengubah penampilan anda.
1.Simpulan Manis
Gadis ‘crush‘ masa kini, Erysha Emyra amat menggemari tudung bawal bercorak satin, jika dilihat kebanyakkannya foto muat naik di Instagramnya. Cukup kelihatan manis dan segar, Erysha memilih untuk ‘balance tone‘ diantara baju dan pilihan tudungnya, warna hijau zamrud gelap dan sedikit corak bunga dipadankan dengan blouse putih siluet ringkas bersama tas tangan gaya Y2K sebagai pelengkap gaya malamnya.
Lilitan dipanggil simpulan manis kerana keberadaan lilitan diantara ‘wing‘ sayap tudung kanan dan kiri dibelitkan ke simpulan separa mati, menghasilkan lilitan yang kemas dan bersahaja namun cukup stylista digayakan ke makan malam mahupun keluar membeli belah.
2. Low-Ponytail Bawal
Siapa sahaja tidak melihat gaya Sharifah Rose di foto muat naik Instagramnya untuk rujukan fesyen dan lilitan tudung yang stylish? Kami amat menggemari gaya tudung bawal yang digayakan oleh Rose sendiri, beliau amat menitik beratkan bentuk dan alunan tudung yang selari dengan tema harian pemakaian OOTD. Buat kalian yang ingin menghadiri majlis Gah dan Glam, gaya ini amat mudah distylist-kan, hanya memerlukan 3 peniti pin sahaja!
Lilitan low-ponytail bawal, hanya samakan kedua bahagian sayap bawal kanan dan kiri, kemudian pin kan kedua dibelakang dan lilitkan sehingga ia kemas dan pin kan lagi 2 peniti di kedua bahagian tudung untuk mengunci peletakan bawal agar ia tidak mudah bergerak.
3. Back to Classic
Influencer kecantikan Malaysia, Sofea Shra tidak pernah menghampakan gadis-gadis crush-nya dan sering kali tampil dengan idea dan tip kecantikan terkini dan ps, membuatkan ramai tergilakan dan akan meniru gaya bawal mahupun solekan setiap kali Sofea memuat naik videonya di alam maya. Antara gaya signifikasinya, anak tudung corak lace dipadankan dengan bawal lilitan Back to Classic, menjadi pilihan Sofea ke kebanyakkan majlis mahupun hanya gaya santai di luar rumah.
Cepat, mudah dan manis, lilitan ini memerlukan kalian menyediakan satu pin peniti sahaja! Samakan kedua sayap bawal kanan dan kiri dan pin kan keduanya di belakang, seterus, bawakan ia kehadapan kembali dan ikat simpul sehingga ia terasa ‘kunci’ dan tidak mudah terlerai. Kini, anda sudah kelihatan seperti Sofea dan jangan lupa tag beliau untuk di-seen!