Sesetengah nama jenama popular masa kini menjadi mangsa salah sebutan di kalangan khalayak ramai.
Sebagai contoh Adidas yang mana sebenarnya disebut sebegini ‘AH-dee-dahs’ dengan penekanan pada suku kata pertama bukannya seperti yang anda fikirkan. Manakala kedua-dua abjad ‘Y’ dan ‘T’ di dalam Yves Saint Laurent tidak berbunyi. Dan Zara pula, percaya atau pun tidak, sebutannya sebenarnya adalah ‘Tsah-dah’, paling tidak di Arteixo, Sepanyol, di mana terletaknya ibu pejabat syarikat itu.
Di sini EH! himpunkan 33 nama jenama fesyen terkemuka dunia dengan cara sebutan yang betul.