Beg itu penting kerana ia adalah simbol pada pembawa. Beg itu menzahirkan apa karakter tentang si pemakai. Sebab itu sangat penting untuk kita memilih jenis dan beg yang mana untuk dikendong keluar bertemu rakan, kekasih atau frenemies! Lebih-lebih lagi untuk jualan mendapat 1000 likes from Instagram, lagi lah perlukan beg yang menarik perhatian. Usah risau, EH! ada 5 beg yang hendak dikongsi untuk menukar status simbol anda ke hot girls on Instagram!
Beg Chanel sarat sekuin boleh digayakan dengan berbalas stail aksual. Kami bayangkan anda dalam celana denim dan baju-T kosong putih sambil menikmati cafe latte di Damansara. So chic! understated tapi glamor dengan your BFF, Chanel!
Kami rasakan beg Clip oleh Bottega Veneta ini bakal menjadi penyeri di Minggu Feysen nanti! Sekarang ini jika mahukan beg Clip ini perlu pre-order from their website! Ada empat rona yakni, almond, merah dan hijau.
Pertama kali diperkenalkan pada dekad 60-an, kini Gucci menaruhkan kembali beg Jackie 1961 dalam stail hobo. Lebih menjadi ikonik dengan gancu buluh yang dihasilkan menggunakan metal. Jadikan beg seksi ini dikendong bawah lengan.
Hampir semua gadis popular media sosial memiliki beg Prada yang satu ini. beg Re-Edition 2005 Nylon Mini Bag memebrikan cita rasa feminin dan lebih praktikal pada gadis sekarang. Rekaan lebih ringkas dengan hanya logo tiga segi Prada.
Matthew M. Williams selaku Pengarah Artistik di Givenchy memberi penghargaan pada beg ikonik Givenchy yakni Antigona. Cuma garapannya lebih cool dengan bersaiz mini. Tali rantai pula direka berbentuk logo G.