Selebriti Hollywood sering kali memilih untuk mengekspresikan diri mereka melalui gaya fesyen yang unik dan kadang-kala fesyen mereka di luar jangkaan sehingga menerima pelbagai reaksi dari peminat.
Seiring dengan berjalannya waktu, gaya fesyen yang unik di kalangan selebriti Hollywood sudah menjadi hal yang biasa. Mereka sering mendapat perhatian di media sosial dan ada beberapa di antara mereka lebih memilih untuk mengambil risiko dengan mengenakan pakaian yang pelik, menciptakan gaya fesyen yang menarik perhatian ramai.
Sebagian selebriti mungkin memilih pakaian yang terinspirasi oleh seni atau konsep kreatif tertentu. Di sisi lain, ada yang sengaja menciptakan kontroversi melalui penampilan mereka. Oleh itu, EH! akan sajikan 7 fesyen pelik selebriti hollywood sepanjang tahun 2023 ini!
7 Fesyen Pelik Selebriti Hollywood 2023;
1. Julia Fox
Julia Fox, yang terkenal dengan gaya avant-garde-nya, berjaya mencuri perhatian warganet dengan penampilanya di London pada 17 Oktober 2023. Dalam penampilannya, dia mengenakan sebuah beg pakaian yang tergantung pada rantai, yang terdiri dari baju putih bertulis ‘Figura Services Limited’ di bagian depan. Penampilannya itu dilengkapi dengan seluar pendek putih, stiletto putih paras lutut, dan beg tangan putih, gaya berani seperti ini mencerminkan kepribadian dan keyakinan Julia Fox dalam dunia fesyen, memberikan dia keunikan dari yang selebriti Hollywood yang lain.
2. Kylie Jenner
Kylie Jenner berjaya menarik perhatian ramai ketika dia menghadapi pertunjukan fesyen dari Schiaparelli’s Haute Couture di Paris dengan penampilannya yang mencuri mata. Dia tiba dengan gaun tanpa tali baldu berwarna hitam yang dihiasi dengan kepala singa hiper-realistik, menutupi hampir keseluruhan tubuh Kylie, memberikan kesan dramatik dan unik pada penampilannya. Untuk melengkapi gaunnya, Kylie mengenakan kasut tumit tinggi keemasan, menambahkan sentuhan glamor pada penampilannya.
3. Doja Cat
Doja Cat, dengan penuh keberanian, mengayakan busana dari Schiaparelli, yang sering menjadi pilihan selebriti terkemuka seperti oleh Beyoncé dan Kim Kardashian telah mendapat perhatian ramai. Penyanyi dan pencipta lagu berusia 27 tahun ini sering tampil dengan gaya fesyen yang mencuri mata, menjadikannya salah satu ikon fesyen paling berani.
Doja telah mengejutkan penonton dengan penampilannya luar biasa, memakai korset satin merah bersama skirt manik dan but separuh lutut dan mengecat badannya dengan warna merah dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Menambahkan sentuhan dramatik pada penampilannya dia mengenakan selendang panjang dan anting-anting merah. Penampilannya dilengkapi dengan detail mewah berupa 30,000 kristal Swarovski yang memerlukan waktu lima jam untuk disempurnakan.
4. Sam Smith
Dari semua penampilan selebriti di Anugerah Brit 2023, pakaian belon lateks yang dipakai oleh Sam Smith paling menarik perhatian ramai. Rekaan yang terdiri daripada sut badan lateks yang menampilkan kaki dan bahu berbentuk belon yang besar, ditambah dengan but platform dan sarung tangan hitam.
Menurut Harikrishnan Keezhathil Surendran Pillai, pereka ensembel tersebut, ada sebab mengapa Sam memilih untuk memakainya pada karpet merah kerana penyanyi itu sering berdepan dengan komen yang berunsur kebencian di dalam media sosial mengenai badannya. “Sam mempunyai banyak komen kebencian baru-baru ini selepas ‘Unholy‘, jadi saya mahu mencipta imej yang orang tidak pernah melihat Sam,” kata Pillai.
5. Lil Nas X
Kehadiran Lil Nas X di Met Gala tahun ini menciptakan sorotan utama saat dia memilih untuk hanya mengenakan seluar dalam berwarna perak dan topeng muka berhias kristal dan mutiara. Penampilan dan gaya fesyen yang pelik ini bukanlah hal baru bagi Nas, tubuhnya disaluti dengan cat perak yang berkilau dengan sentuhan mewah dari Kristal Swarovski yang berhias permata dan mutiara telah menyelubungi penampilannya dari kepala hingga kaki, menambahkan elemen pada penampilan yang penuh dengan keberanian.
Artikel Berkaitan: Penampilan Denim Selebriti Hollywood Di Karpet Merah