Karpet merah Grammys 2023 adalah salah satu anugerah muzik berprestij yang paling dinantikan, satu-satunya gerakan fesyen yang tidak membosankan untuk dikritik.
Grammys 2023 baru sahaja melabuhkan tirai detiknya kelmarin, melihatkan kepada gaya yang pelbagai digayakan oleh selebriti Hollywood membuatkan pengarang EH! ingin mengkritik Top 5 gaya selebriti yang paling memukau, menarik mata lensa paparazzi. Dari gaya buluan hingga kepada siluet kemas berwarna-warni, perincian manik dan headgear yang kreatif, tetamu Grammys sekali lagi tidak menghampakan peminat dan terus memberi kejutan.
Banyak momen yang berlaku, hura-hara yang bingit dengan bunyi detakan kamera, menangkap perhatian media Hollywood yang tidak henti memuat naik info terkini. Antara bintang hangat yang paling dinantikan, Beyoncé yang dikatakan bakal membawa pulang anugerah Grammys ke-32 nya dan percalonan terbaharu, Lizzo yang mengalahkan selebriti lama, mari semak 5 gaya selebriti paling memukau di Anugerah Grammys 2023: