1. Lizzo
Penyanyi lagu tular Tiktok, About Damn Time, tampil dalam warna ton oren ceria rekaan, Dolce & Gabbana dengan perincian korset perak dan jubah panjang perincian applique bunga ros, dengan padanan sarung tangan dan hiasan bunga ditelinga kirinya. Saya sukakan imej unik yang digayakan oleh Lizzo ini, berani mengetengahkan warna oren di karpet merah Grammy adalah salah satu tindakan fesyen yang berani!