3. Cardi B
Sentiasa menonjolkan siluet badan seksinya, Cardi B sekali lagi menarik perhatian lensa media Hollywood. Masih mengekalkan corak gayanya dalam gaun Gaurav Gupta, Cardi B anggun dalam busana warna biru kobalt dengan arca siluet separa hud (hoodie) di keliling kepala dengan perincian aksesori, anting-anting berjuntai-dramatik. Jika anda perhatikan perincian fabrik yang dikena reka oleh Gaurav Gupta, pasti anda terkesima dengan sileut lipatan pleat kecil yang dimainkannya. Beralun kemas membaluti, antara daya penarik dan perincian fesyen yang sukar dicapai namun cemerlang di tangan Gaurav Gupta.