4. Shania Twain
Ikon muzik desa, Shania Twain tampil unik dan seperti memberi gambaran throwback zaman polkado 80-an, dengan sedikit glitter. Usai melancarkan album terbaharunya “Queen of Me” pada hari Jumaat lalu, Twain memadankan sut polkadot hitam putihnya, rekaan oleh Nina Ricci’s Harris Reed dengan rambut merahan menyala, dipadan topi besar di kepala. Gaya funky dan berani ini antara gaya yang paling menangkap mata saya.