Menjelangnya Hari Bapa tidak lama lagi, pemberian hadiah adalah salah satu penghargaan yang bermakna bagi seorang bapa. Apa salahnya hadiahkan barangan yang pasti akan mengingatkan dia kepada anda? EH! bariskan pilihan untuk bapa kesayangan anda!
Setiap bapa di dunia ini berhak merasa dihargai dan disayangi, apatah lagi apabila menerima pemberian ikhlas daripada anak kesayangan. Momen menyambut Hari Bapa menjadi lebih bermakna apabila diiringi dengan kejutan istimewa yang mencerminkan kasih dan penghargaan yang tidak ternilai.
Apa kata tahun ini, anda luahkan rasa cinta dan terima kasih kepada bapa tercinta dengan menghadiahkan barangan istimewa? Bukan sekadar hadiah, malah sebagai simbol bahawa dia tetap menjadi lelaki paling hebat dan dihormati di mata anda, tidak kira usia. EH! menyenaraikan 5 pilihan terbaik.
Samsonite New Streamline
Samsonite memperkenalkan New Streamlite, versi moden dari model ikonik 1940-an sempena ulang tahun ke-115, terhad hanya 2,025 unit di seluruh dunia. Menggabungkan sentuhan warisan dan inovasi terkini, ia menampilkan roda Aero-Trac™ Whirl untuk pergerakan lancar, susun atur dalaman premium dengan pad pemisah dan poket berzip, serta dua packing cubes untuk organisasi yang cekap. Direka untuk pengembara berjiwa elegan, New Streamlite adalah hadiah Hari Bapa yang sempurna – eksklusif, bergaya dan berfungsi.
Mido Multifort 8 Two Crowns
Gabungan sempurna antara teknologi dan geometri, jam tangan MIDO TECHNOMETRY memperkenalkan semula model sukan ikonik dengan rekaan bezel oktagon dan garisan tegas yang moden. Menampilkan flange berputar yang dikawal oleh mahkota kedua di posisi jam 2, rekaan ini memberi penghormatan kepada inovasi jam selam – membolehkan pengiraan masa tanpa risiko kesilapan.
Dail bergaris melintang, dua mahkota berbentuk lapan dan bezel oktagon menyerlahkan identiti unik Multifort ini. Di sebalik rekaan yang berani, tersimpan Caliber 72 Swiss movement generasi baharu dengan rizab kuasa 72 jam dan spring Nivachron™ untuk ketepatan tinggi dan ketahanan terhadap gangguan magnetik.
Sempurna sebagai hadiah Hari Bapa, MIDO Multifort 8 bukan sekadar jam – ia simbol masa, ketepatan, dan penghormatan kepada bapa yang sentiasa di hadapan dalam setiap langkah kehidupan.
LOEWE x On Cloudventure 2.0
Berikan bapa anda hadiah penuh gaya dan keselesaan dengan LOEWE x On Cloudventure 2.0 – sneaker ringan berteknologi tinggi yang direka untuk gaya aktif dan moden. Dihasilkan daripada TPU berlapis dan mesh semi-lutsinar dengan cetakan Anagram ikonik, ia dilengkapi teknologi CloudTec® untuk keselesaan sepanjang hari dan tapak Missiongrip™ bercorak marmar untuk cengkaman maksimum. Sentuhan eksklusif seperti logo LOEWE x On dan rekaan seimbang menjadikan kasut ini simbol gaya dan fungsi. Sempurna untuk ayah yang sentiasa melangkah yakin – dinasihatkan pilih satu saiz lebih besar untuk keselesaan optimum.
Dior Prive Bag
Dior Privé Bag, lambang kemewahan dan ketukangan halus dari House of Dior. Direka dengan siluet maskulin yang elegan dan diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi, beg ini bukan sekadar aksesori, tetapi pernyataan gaya untuk lelaki berkelas.
Dengan ruang yang praktikal dan rekaan yang minimalis, Dior Privé sesuai untuk ayah yang menghargai gaya sofistikated tanpa kompromi pada fungsi. Hadiah terbaik untuk Hari Bapa bagi menunjukkan penghargaan anda – kerana ayah juga layak menikmati kemewahan.
Tissot PRC 100 Solar
Jam tangan Tissot PRC 100 Solar ialah simbol gaya, teknologi dan ketahanan. Dikuasakan oleh cahaya matahari, ia tidak memerlukan pertukaran bateri—sempurna untuk bapa yang sentiasa bergerak.
Dengan reka bentuk maskulin dan bezel 12 sisi yang ikonik, PRC 100 Solar hadir dalam saiz 39mm dan 34mm, pilihan tali kulit atau keluli tahan karat, dan variasi warna seperti perak, biru laut, hitam penuh dan gabungan emas ros. Paparan sinar matahari pada dial dan teknologi Super-LumiNova® memastikan ia menyerlah siang dan malam.
Jam ini bukan sekadar aksesori, tapi lambang kecekalan, kecekapan dan kasih seorang bapa. Hadiahkan Tissot PRC 100 Solar sempena Hari Bapa ini—kerana seperti jam ini, kasihnya sentiasa ada, tanpa henti.