Menjadi It-Girl bukan sekadar soal jenama mewah yang di pakai, tetapi bagaimana mereka menghidupkan setiap gaya hingga menjadi identiti tersendiri. Itulah sebab utama mereka digelar sebagai ikon fesyen global generasi kini.
Dunia K-Pop bukan sahaja menguasai carta muzik global, malah turut mengubah landskap fesyen dunia. Setiap kali mereka melangkah di lapangan terbang, menghadiri pertunjukan fesyen atau sekadar memuat naik selfie di instagram, jutaan mata memerhati dan jutaan jari bersedia untuk menekan butang add to cart. Mereka ini bukan sekadar idol di pentas besar, tetapi ikon fesyen yang membentuk trend dan menjadi rujukan label fesyen terkemuka.
Oleh itu, EH! senaraikan lima ‘It-Girls’ K-Pop yang selalu menjadi fashion blueprint dunia.
1. Jennie Kim (BLACKPINK)
Digelar “human chanel” bukan sekadar gelaran kosong. Jennie membawa gaya yang memadukan parisian chic dengan sentuhan streetwear yang santai, menjadikan setiap penampilannya kelihatan effortless. Dari set tweed Chanel hingga padanan crop top dan seluar jeans longgar, Jennie menguasai gaya fesyen kasual mewah yang ramai cuba tiru.
2. Jang Wonyoung (IVE)
Wonyoung sinonim dengan K-pop princess aesthetic. Silhouette feminin, rona pastel dan aksesori yang menambah dimensi youthful glamour. Tidak hairan jika jenama mewah seperti Miu Miu menjadikannya muse kerana Wonyoung sentiasa memberikan nafas segar pada konsep preppy girl moden.
3. Hanni (NewJeans)
Gadis kelahiran Vietnam-Australia ini membawa gaya retro Y2K yang penuh warna, fun, dan sedikit eksperimental. Hanni membuat kita percaya bahawa fesyen itu untuk berseronok. Dari oversized hoodie hingga micro mini skirt. Dia menjadi wajah Gen Z masa kini yang gemarkan fesyen cool girl yang tidak takut bermain dengan tekstur dan corak.
4. Karina (aespa)
Karina mempunyai aura futuristik yang selari dengan konsep kumpulannya. Bayangkan bodycon dress, knee-high boots, dan perhiasan statement semuanya memberi gambaran cyber glam. Gaya Karina kerap diangkat sebagai inspirasi fesyen malam yang bold dan penuh keyakinan buat para peminat fesyen.
5. Lisa (BLACKPINK)
Siapa lagi yang mampu mengubah fesyen lapangan terbang menjadi pentas runway kalau bukan Lisa? Dari luxury athleisure hingga high-fashion couture, Lisa menggabungkan budaya pop, fesyen jalanan dan kemewahan dalam satu gaya yang unik. Penampilannya yang berani dan bervariasi membuatkan Lisa kekal di puncak carta fesyen global.
Artikel Berkaitan: EH! Select: Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation Pilihan Kami