Tahun berganti tahun, dunia fesyen lokal tidak pernah redup dari perkembangan. Sentiasa ada inovasi baharu dari jenama fesyen tempatan yang akan membuat penampilan anda semakin menawan saat mengayakan rekaan mereka.
Di tengah pesatnya arus globalisasi yang membawa pelbagai trend fesyen dari seluruh dunia, industri fesyen lokal tempatan tetap berdiri memancarkan identiti dan keunikan yang tersendiri. Menelusuri lorong-lorong kreativiti di Malaysia, kita akan menemukan jenama-jenama fesyen lokal yang bukan hanya menawarkan fesyen semata, tetapi juga menceritakan kisah, dan kreativiti mereka disebalik idea yang dihasilkan. Oleh itu, EH! akan membawa anda menyelami dunia fesyen lokal di Malaysia, yang popular tahun ini sebagai penutup 2023.
Intai 5 Jenama Fesyen Lokal Popular 2023;
1. SAOI
Tidak hanya dikenali kerana memiliki kecantikan dan gaya fesyen yang chic dan versatil, Wan Nur Syaira, juga memiliki gaya hidup yang elegan dan mewah ala di pinterest yang menjadikannya inspirasi buat ramai orang. Memiliki jenama fesyen, SAOI, merupakan bonus buat Syaira mengekspresikan dirinya terhadap fesyen. SAOI yang merupakan sebuah label fesyen lokal yang kian merajai pasaran, hadir dengan pilihan mulai dengan gaya kasual sehari-harian sehingga ke busana istimewa hari raya.
Baru-baru ini, SAOI melangkah lebih jauh dengan melancarkan pilihan kasut, memperkaya koleksi yang sudah ada. Dengan harga yang bermula dari RM169, SAOI kini tidak hanya mengisi almari pakaian penggemarnya dengan pakaian yang trendy, tetapi juga dengan sepasang kasut yang sempurna, melengkapi setiap penampilan.
2. Machino
Cantik dan selesa, itulah yang digambarkan jenama ini. Dengan fokus pada kualiti dan keselesaan, Machino hadirkan kasut yang tidak hanya menarik secara visual tetapi juga memberikan pengalaman berjalan yang luar biasa. Setiap pasang kasut dirancang dengan mempertimbangkan keseimbangan, memberikan dukungan yang sempurna pada kaki, dan memastikan pengguna merasa selesa sepanjang hari.
Dari rekaan yang elegan untuk acara formal hingga ke model kasual yang chic untuk penggunaan sehari-hari, Machino menawarkan pelbagai pilihan yang memenuhi keperluan setiap individu. Penggunaan bahan yang berkualiti, memastikan bahawa setiap pasang kasut Machino tidak hanya tahan lama tetapi juga mesra pada kaki pengguna. Rekaannya yang menonjol dengan gaya estetik dan moden, menjadikan setiap langkah tidak hanya tentang keselesaan, tetapi juga tentang mengekspresikan diri melalui gaya yang unik dan mempesona.
3. Nazifi Nasri
Jenama beg lokal yang begitu popular pada tahun ini, sudah semestinya dari Nazifi Nasri yang telah menetapkan standard baru dalam dunia beg lokal dengan rekaan dan warna yang trendy dan versatil. Jenama yang diusung oleh Nazifi sendiri, telah merevolusi konsep beg dengan menyatukan elemen estetik, dan functionable! benar-benar buat pencinta beg tangan jatuh cinta kepadanya.
Di tahun ini, setiap koleksi Nazifi Nasri menjadi rebutan di kalangan pecinta fesyen. Setiap produknya dibuat dengan perhatian yang mendalam terhadap detail, menggunakan bahan berkualiti tinggi dan teknik pembuatan yang kreatif. Rekaanya yang minimalist, membuatkan beg tangannya menjadi lebih dari sekadar aksesori. Harga yang ditawarkan bermula RM 42 Untuk dompet kecil dan Rm149 untuk beg tangan. Maka tidak hairanlah kika jenama ini menjadi buat mulut ramai Kerala harga yang ditawarkan juga cukup affordable untuk jenama yang berkualiti tinggi.
4. HANYA
Jenama fesyen HANYA, yang pertama kali menarik perhatian dengan rekaan penutup muka estetiknya di tengah pandemik Covid-19, telah menapakkan jejaknya sebagai nama yang berkembang dan berinovasi dalam industri fesyen. Evolusi HANYA tidak sekadar mengikuti trend semasa, mereka memperkaya dunia fesyen dengan sentuhan kreatif dan inovatif yang unik. Setiap koleksi dari HANYA membawa elemen fresh dan unik, tidak hanya memenuhi keperluan fesyen semasa tetapi juga menginspirasi gaya hidup yang lebih dinamik dan penuh ekspresi.
HANYA mengambil langkah lebih jauh dalam mempertimbangkan aspek kelestarian alam. Mereka biasanya menyertakan kertas tisu kitar semula dalam pembungkusan, sebuah langkah kecil namun penting untuk melindungi pakaian sekaligus menjaga alam sekitar. Lebih dari itu, HANYA berkomitmen untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam semua aspek pembungkusannya.
5. Iniharirose
Walaupun pernah terpalit kontroversi diawal kemunculan, iniharirose telah membuktikan bahawa rintangan tersebut bukanlah penghalang, untuk jeamanya terus berkembang dan bersinar lebih terang. Jenama tudung yang diasaskan oleh Sharifah Rose, seorang pempengaruh digital, kini telah berkembang menjadi simbol keanggunan dan inovasi dalam industri fesyen. Iniharirose, tampil dengan rekaan yang unik dan autentik, telah mencipta identiti yang kuat di hati para penggemarnya.
Dari rekaan yang minimal namun penuh gaya, hingga pemilihan kain yang berkualiti tinggi. Setiap koleksi yang dikeluarkan menunjukkan komitmen Sharifah Rose dalam menyediakan tudung yang tidak hanya cantik, tetapi juga selesa untuk digunakan sehari-hari. Kini, dengan koleksi yang terus berkembang, iniharirose telah membuktikan bahawa jenama ini mampu bertahan dan bersaing di pasaran fesyen tempatan.
Artikel Berkaitan: 5 Barisan Jenama Fesyen Lokal Setaraf Antarabangsa