Serlahkan gaya anda dengan koleksi kasut baharu daripada lima jenama yang bukan sahaja bergaya, malah selesa untuk dipakai sepanjang bulan Jun ini!
Kasut adalah item yang sangat penting, terutamanya bagi mereka yang menyukai gaya jalanan dan sporty. Lebih daripada sekadar kasut, ia telah berkembang menjadi elemen utama dalam dunia fesyen moden dan gaya hidup seharian. Dengan reka bentuk yang serba versatile, kasut bukan sahaja digunakan untuk aktiviti sukan, tetapi juga menjadi simbol ekspresi diri dan pernyataan gaya yang mencerminkan personaliti pemakainya.
EH! Bariskan lima kasut menjadi pilihan kami bulan ini, yang anda perlu ada!
Fila Echappe VC V2
Fila Echappe VC V2 adalah koleksi kasut terbaru dari FILA yang menggabungkan elemen feminin dan sporty dengan reka bentuk unik bertali Velcro yang memudahkan pemakaian. Kasut ini menampilkan corak dan jahitan berstruktur yang menambah gaya sporty, serta tapak luar dengan logo FILA yang memberikan identiti tersendiri.
Dilengkapi insole Ortholite untuk keselesaan maksimum dan fungsi antibakteria, kasut ini sesuai untuk mereka yang ingin tampil bergaya dengan sentuhan elegan dan santai. Tersedia dalam rona hitam, kelabu, dan beige.
Harga: RM369
Marimekko x Crocs Classic Clog
Marimekko x Crocs Classic Clog menampilkan cetakan bunga Unikko yang ikonik, direka oleh Maija Isola pada tahun 1964. Reka bentuk musim bunga ini diserikan dengan pelbagai Jibbitz™ edisi terhad serta rivet bunga Unikko yang menambah sentuhan peribadi dan pesona tersendiri.
Dengan kusyen yang empuk dan pengudaraan yang selesa, gaya ini memberi nafas segar untuk penampilan musim bunga anda.
Harga: RM429.00
VIVAIA Square-Toe Mary-Jane (Margot Mary-Jane)
Kasut Margot Mary-Jane kegemaran ramai (termasuk Jennie BLACKPINK), kini kembali dengan sentuhan baharu! Dilengkapi tali boleh laras di bahagian instep, ia direka untuk keselesaan maksimum dan padanan yang lebih peribadi.
Reka bentuk klasiknya yang elegan mudah dipadankan dengan gaya kasual atau formal, menjadikannya pilihan serba boleh untuk apa jua acara, dari pejabat ke malam istimewa. Gabungan sempurna gaya dan fungsi, Margot Mary-Jane ialah pelengkap gaya harian anda.
Harga: RM569
PUMA H-Street OG
Kasut Puma H-Street merupakan rekaan ikonik yang menggabungkan elemen retro sukan dari era awal 2000-an dengan teknologi moden seperti midsole LQDCELL untuk keselesaan dan sokongan optimum. Direka dengan siluet rendah dan bahan mesh bernafas, kasut ini bukan sahaja sesuai untuk aktiviti harian tetapi juga mencerminkan gaya jalanan yang trendy dan dinamik.
Pelancaran semula model ini pada tahun 2025 mendapat sambutan hangat di seluruh dunia, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan penggemar fesyen dan sukan.
Harga: $80.00
Skechers Foamies Tai
Tai – That Girl menyalurkan semangat bebas melalui rona pastel lembut dan siluet kasut bertapak tebal yang sesuai untuk cuaca panas. Diperbuat daripada bahagian atas EVA yang dibentuk dan kalis air, kasut ini mudah dibersihkan dan direka untuk keselesaan yang tahan lama, lengkap dengan teknologi anti-bau bagi memastikan ia sentiasa segar.
Tapak dalam yang dibentuk mengikut kaki dan rekaan yang bernafas memberikan keselesaan sepanjang hari.
Harga: RM 279