Serlahkan diri dengan koleksi kasut baharu dari lima jenama yang bukan sahaja stylish tetapi selesa!
Sniker adalah item yang sangat penting, terutamanya bagi mereka yang menyukai gaya jalanan dan sporty. Lebih daripada sekadar kasut, sniker telah berkembang menjadi elemen utama dalam dunia fesyen moden dan gaya hidup seharian. Dengan reka bentuk yang serba boleh, ia bukan sahaja digunakan untuk aktiviti sukan, tetapi juga menjadi simbol ekspresi diri dan pernyataan gaya yang mencerminkan personaliti pemakainya.
EH! bariskan lima sniker menjadi pilihan kami bulan ini, yang anda perlu ada!
Onitsuka Tiger ULTI RS™ Series – TIGTRAIL™ RS
TIGTRAIL™ RS, sebuah model yang menampilkan fungsi khusus untuk kasut larian. Dari segi reka bentuk, ia menampilkan palet warna tona dengan gabungan bijak pelbagai tekstur bahan yang
menghasilkan kekayaan visual. Bahagian atas kasut menggabungkan mesh separa lutsinar dan mesh terbuka untuk menyampaikan rasa keterbukaan yang unik. Selain itu, teknologi GEL™ pada bahagian tumit menambah aksen reka bentuk tiga dimensi. Logo baharu yang direka khas untuk Siri ULTI RS™ turut menyerlahkan elemen kesukanan dan sofistikasi.
Harga: RM1,190
Longchamp – Le Pliage green
Kasut Le Pliage Green Sneakers warna Cedar dari Longchamp ialah kasut rendah bergaya sporty dan elegan yang diperbuat daripada poliester kitar semula bersijil GRS dan kulit lembu, menampilkan tapak getah berstud untuk cengkaman, butang snap ikonik, komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.
Harga: RM2,040
Skechers Street™ Shadow – Stellar 90
Skechers membawanya ke jalanan dengan keselesaan yang tiada tandingan. Memperkenalkan Koleksi Skechers Street™ Shadow, di mana rekaan yang diinspirasikan dari awal 2000-an bertemu dengan teknologi keselesaan terkini. Dilengkapi dengan insole Skechers Air-Cooled Memory Foam® dan tapak luar yang fleksibel serta cengkaman yang mantap.
Harga: RM 429
ECCO SOFT 2.0 Sneakers
Sempena ulang tahun ke-40 ECCO SOFT 2.0, ECCO memperkenalkan edisi khas kasut ikonik ini, diinspirasikan daripada rekaan asal 1985, menggabungkan gaya abadi dan keselesaan sepanjang hari dengan rekaan bertali yang mudah, memberikan pengalaman seakan-akan “berjalan di atas bantal” sepanjang hari.
Harga: RM599
PUMA Speedcat – Blue
PUMA Speedcat, yang bermula sebagai kasut pemanduan ultra-slim untuk mempercepatkan masa pusingan, kini menjadi ikon budaya perlumbaan dan gaya jalanan global, terus berevolusi bersama generasi trendsetter dan pace-setter, mengajak anda untuk menulis semula definisi klasik dengan Speedcat.
Harga: RM549
Birkinstock 1774 Arizona Cosny – Port Royale
BIRKENSTOCK 1774 memperkukuh tradisi klasik yang diperbaharui dengan Arizona Cosy dalam material Nylon, menawarkan variasi monokromatik pada siluet ikonik ini yang menonjolkan fungsi dengan sentuhan kreatif melalui bentuk yang diperbesarkan sambil mengekalkan keaslian Arizona.
Harga: RM 1,950