Koleksi musim luruh/dingin 2022 Tory Burch membawakan kelainan dengan membawakan watak yang unik dengan memberikan sedikit perhatian kepada kilaun manik untuk menaikkan seri si pemakai. Kelainan pada koleksi kali ini ia bercirikan surealis, mewah dan juga suntikan elemen sukan. EH! bariskan 5 look yang menjadi highlight himpunan ini!
Kedinginan musim luruh yang memberikan Tory Burch mengeluarkan koleksi yang bereksperimen dengan warna, gaya dan fabrik yang menjanjikan keselesaan si pemakai pada musim ini. Menerusi himpunan ini rumah fesyen New York ini mahu menyerikan musim dingin dengan mainan warna neon dan warm bagi menampakkan si pemakai kelihatan hangat dan fashionable.
Antara koleksi yang menarik perhatian ialah turtleneck jersi dan pullover suku-zip direka bentuk berlapis dan bereksperimen tanpa henti, digayakan dengan seluar berwarna coklat tanah dan menggunakan fabrik leather dan wool . Kombinasi warna yang begitu terang ini dapat memberikan statement pada pakaian dan tidak memerlukan sebarang aksesori untuk menghiasi si pemakai. Campuran ini mencerminkan cara wanita berpakaian sekarang dalam menggabungkan pakaian siang dan pakaian aktif atau sporty. Jaket trek berwarna neon chartreuse dan kobalt blue ialah antara warna yang hot ketika ini.